KPM-GURUPINDAH-SINARBESTARI-2022
KPM-GURUPINDAH-SINARBESTARI-2022

KPM akan menambah baik proses penempatan semula guru

nadzarul.amir
16 Dec 2022 08:50am
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengadakan beberapa perbincangan bagi menambah baik proses penempatan semula guru yang menjadi rungutan segelintir warga pendidik dan dibangkitkan di media sosial.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, berkata pihaknya menyedari rungutan segelintir guru terbabit dan pandangan daripada mereka mengenai kesukaran dihadapi apabila berlaku penempatan semula.

"Tujuan asal penempatan adalah untuk memastikan guru-guru tidak berkhidmat terlalu lama di sesebuah sekolah.

"Ia berikutan terdapat sesetengah guru yang berkhidmat sehingga 20 tahun di sesebuah sekolah." katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sidang media khas KPM di Dewan Serbaguna Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, semalam.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Yusran berkata, penempatan semula guru KPM bertujuan untuk melihat perubahan apabila guru itu dipindahkan ke sekolah lain.

Beliau mengulas mengenai hantaran media sosial, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh berhubung rungutan segelintir guru yang mengadu penempatan semula guru tidak dibuat dengan telus.

Artikel berkaitan

7 teras utama jadi tumpuan KPM

KPM aktifkan semula MPPK

KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara – Fadhlina Sidek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok