Fadhlina menyampaikan hadiah kepada johan tilawah al-Quran Sekolah Menengah kategori perempuan, Ulya Ahmad Sayuti sempena Majlis Perasmian Penutup Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2023 di Unipsas  pada Isnin.
Fadhlina menyampaikan hadiah kepada johan tilawah al-Quran Sekolah Menengah kategori perempuan, Ulya Ahmad Sayuti sempena Majlis Perasmian Penutup Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2023 di Unipsas pada Isnin.

KPM akan minta saranan KKM bagi penutupan sekolah susulan jerebu

AZLEENDA SAHALUDIN
02 Oct 2023 05:06pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan nasihat serta cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menentukan sama ada sekolah di seluruh negara perlu ditutup atau tidak susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM itu dari semasa ke semasa.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pemakaian pelitup muka dan sebagainya,” ujarnya seperti dipetik portal tempatan ketika merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan, Pahang.

Fadhlina turut memaklumkan, semua sekolah (seluruh negara) diminta untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sebagai usaha menangani situasi jerebu yang melanda ketika ini.

Tambahnya, jika bacaan IPU melebihi 100 sebarang aktiviti luar di sekolah tidak dibenarkan.

“Kita memang mempunyai garis panduan dan kekal dengan garis panduan berkenaan. Oleh itu, kita minta semua sekolah untuk mematuhinya.

“Jika IPU melebih 100, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan perlu mengikut garis panduan seperti yang kita tegaskan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya lagi.

Selain itu, Fadhlina turut mengulas situasi jerebu yang kini melanda negara dengan 16 kawasan dilaporkan mencatat IPU tidak sihat.

Artikel Berkaitan:

Ia termasuklah lapan kawasan di Lembah Klang yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 dan Cheras mencatatkan IPU tertinggi 162 setakat pukul 1 tengah hari pada Isnin.

Mengikut bacaan IPU, 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok