Kah Woh
Kah Woh

KPM akan tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah Celsius

06 May 2024 12:47pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Katanya, penutupan itu dilakukan berikutan cuaca panas yang sedang melanda beberapa negeri pada ketika ini.

Ujarnya lagi, tindakan tersebut dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada dan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah sedia maklum berkenaan garis panduan itu dan ia masih terpakai.

"Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius, maka penutupan sekolah akan dilakukan.

"Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sirkuit 'Allianz Junior Badminton Championship' di Wintel Sport, Taiping, Perak.

Menurut Kah Woh, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok