Tindakan segera telah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir.
Tindakan segera telah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir.

KPM ambil tindakan segera atasi isu calon tercicir markah PAJSK

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Jul 2024 10:49pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan segera terhadap isu calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) baru-baru ini.

KPM dalam kenyataan media pada Ahad berkata, tindakan yang diambil adalah menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir.

“Data tersebut akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran untuk melanjutkan pengajian yang tertakluk kepada kelayakan calon dan kekosongan program,” ujar kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, KPM berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci perkara yang berbangkit.

Malah, KPM juga melaksanakan langkah intervensi bagi memastikan isu yang timbul dapat diatasi segera serta tidak akan berulang pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp