Radzi KPM bangunkan aplikasi susun jadual sekolah, sediakan sistem berpusat mudahkan tugas guru
Radzi KPM bangunkan aplikasi susun jadual sekolah, sediakan sistem berpusat mudahkan tugas guru

KPM bangunkan aplikasi penyusunan jadual sekolah, sediakan sistem berpusat mudahkan tugas guru

Rasyidah Zulkifi
24 May 2022 09:08am
A
A
A

BACHOK - Kemudahan aplikasi penyusunan jadual untuk kegunaan semua sekolah di seluruh negara akan diwujudkan dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Tambahnya, menerusi kemudahan berkenaan pihak sekolah dapat menyediakan jadual lebih anjal melibatkan tiga hingga empat mata pelajaran sehari.

Baca juga

Buku teks sekolah kini dalam versi digital – KPM

Proses tender naik taraf fasiliti sekolah di Miri selewat-lewatnya Februari ini – Radzi

"Sekarang ini kebanyakan sekolah membeli aplikasi untuk penyediaan jadual daripada vendor tertentu dan hasil kita turun di lapangan juga mendapati pihak sekolah berdepan masalah untuk penyediaan jadual.

"Justeru, Kementerian Pendidikan (KPM) tetapkan untuk membangunkan satu aplikasi yang membolehkan sistem terbabit membuat penyusunan jadual berdasarkan maklumat yang diisi pihak sekolah dari segi bilangan guru dan kelas," katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, baru-baru ini.

Pada masa sama, jelas beliau, pihaknya akan menyiapkan satu sistem berpusat bagi memudahkan guru mengakses segala maklumat yang diperlukan selain mengisi data guru dan murid.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Jika sebelum ini, guru perlu melakukan dua kerja yang sama apabila perlu mengisi maklumat kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

"Masalah ini membuatkan kebanyakan guru merungut disebabkan ketidakcekapan sistem yang dihadapi.

“Masalah itu akan dapat diselesaikan dengan adanya sistem berpusat," ujarnya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok