Fadhlina
Fadhlina

KPM benarkan pelajar dan murid terus memakai baju sukan ke sekolah

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Aug 2023 09:10am

Sehingga berita ini ditulis, Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum membuat sebarang ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian semula pakaian seragam ke sekolah.

Berikutan itu, semua pelajar dan murid sekolah dibenarkan memakai pakaian sukan seperti biasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memberi kebenaran itu biarpun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik.

“Pergi sahaja sekolah (dengan berpakaian) apa sahaja (kemas dan bersesuaian), asalkan yang penting pakai baju,” ujarnya ketika mengulas jangkaan kementerian mengembalikan semula pemakaian baju seragam sekolah selepas menghadiri Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Dato' Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Bestari pernah menyiarkan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), KPM, Dr Ahmad Rafee Che Kassim berhubung cuaca panas yang melanda negara.

Beliau berkata, KPM memberi kelonggaran kepada warga sekolah termasuk guru dan pelajar untuk mengenakan baju sukan sepanjang sesi persekolahan berikutan cuaca panas yang melampau.

“Mereka boleh memakai baju sukan setiap hari semasa sesi persekolahan.

“Untuk para guru, pastikan aktiviti di luar kelas tidak diadakan dalam keadaan cuaca panas sebegini sebaliknya buatlah aktiviti di dalam kelas.

Artikel Berkaitan:

“Kepada ibu bapa pula, dinasihatkan supaya membekalkan air kepada anak-anak dan beri ingatan kepada mereka supaya minum air secukupnya,” ujarnya dalam artikel Sinar Bestari bertarikh 3 Mei 2023.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp