Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, Kredit foto; KPM.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, Kredit foto; KPM.

KPM berusaha tangani isu kekurangan guru empat mata pelajaran

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
21 Mar 2023 10:33am

Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk membuat pengambilan berkenaan menerusi beberapa cadangan yang telah dikemukakan.

Jelas beliau, proses pengambilan dan penawaran jawatan kepada guru yang berjaya akan dilakukan secara berperingkat oleh KPM.

“Setakat ini KPM telah mencadangkan beberapa kaedah serta mengadakan perbincangan bagi memperhalusi lagi kaedah-kaedah tersebut.

“Dalam masa terdekat juga kita akan membuat proses pengambilan dan tawaran bagi guru-guru yang berjaya secara berfasa.

“Kekurangan tenaga guru yang sedang dihadapi ini akan ditangani secara peringkat demi peringkat tetapi tidak dapat diselesaikan dalam tempoh setahun ini,” jelas Pkharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu tambah beliau lagi, tempoh yang dirasakan perlu untuk isu tersebut diselesaikan mungkin mengambil masa dua atau tiga tahun sebelum kembali menjadi normal.

Mengulas lebih lanjut, Pkharuddin berkata, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) serta universiti awam untuk meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH isu yang sedang dihadapi ini akan kita tangani secara peringkat demi peringkat dan semestinya ia tidak akan dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat kerana ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun lagi,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp