Permohonan dibuka mulai 21 Disember 2023, jam 3 petang hingga 18 Januari 2024 (jam 5 petang).
Permohonan dibuka mulai 21 Disember 2023, jam 3 petang hingga 18 Januari 2024 (jam 5 petang).

KPM buka permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

ROSHLAWATY MD RAIEH
19 Dec 2023 05:35pm
A
A
A

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan, boleh memohon tiga permohonan yang diwar-warkan KPM, Khamis lalu.

Tiga perkara itu terdiri daripada Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS) Ambilan Tahun 2024.

KPM berkata, permohonan dibuka mulai 21 Disember 2023, jam 3 petang hingga 18 Januari 2024 (jam 5 petang).

Difahamkan, segala urusan temu duga calon-calon yang berjaya melepasi saringan awal akan dilakukan Mac 2024.

PPP yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari pautan https://epenawaran.moe.gov.my.

Untuk info, HLP ialah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara.

Manakala HLPS pula ditawarkan kepada PPP bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran di IPTA secara separuh masa namun tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah, jabatan, bahagian dan kementerian seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok