Fadhlina (tengah) sejurus berakhirnya Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan pada Khamis.
Fadhlina (tengah) sejurus berakhirnya Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan pada Khamis.

KPM komited capai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid

AZLEENDA SAHALUDIN
20 Oct 2023 09:20am
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah dalam memastikan saranan dan intervensi yang diperlukan berjalan dengan lebih efisien dan efektif.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM bekerja keras untuk memastikan sasaran itu dapat dijayakan.

Malah katanya lagi, pendekatan kaunseling khusus kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) juga perlu diberi tumpuan.

“Guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami aspek silang budaya dan dalam konteks ini adalah budaya MBPK yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Untuk itu, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah lebih kreatif dan membuat inovasi agar proses bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan dengan lebih sesuai kepada klien MBPK,” katanya ketika ucapan perasmian Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan pada Khamis.

Pada majlis berkenaan, Fadhlina turut melancarkan enam dokumen iaitu Pelan Pembangunan Kompetensi Kaunselor Pendidikan serta Guru Bimbingan dan Kaunseling; Buku Panduan Intervensi Krisis; Modul Pelaksanaan Intervensi Krisis; Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Kaunseling KPM 2023/2025; Panduan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM dan Kit Pasca Insiden Bunuh Diri Dalam Talian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok