KPM lulus peruntukan  RM2.6 juta SJKT Klebang untuk pembinaan bangunan baharu
KPM lulus peruntukan RM2.6 juta SJKT Klebang untuk pembinaan bangunan baharu

KPM lulus peruntukan RM2.6 juta SJKT Klebang untuk pembinaan bangunan baharu

Azliyana Sulaiman
30 Dec 2020 09:11am
A
A
A

IPOH - Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan sejumlah RM2.6 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang, Chemor, di sini.

Menerusi satu kenyataan kepada media semalam, kementerian terbabit berkata, pemberian peruntukan itu bagi tujuan pembinaan baharu di sekolah berkenaan hasil lawatan susulan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada 7 April lalu.

“SJKT Klebang mempunyai bilangan murid yang cukup ramai tetapi mempunyai kemudahan yang terhad. Bangunan baharu atau pun blok tambahan baharu yang akandibina dijangka dapat menyelesaikan masalah ini.

“Keperluan ini juga telah disuarakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Hasil perbincangan dengan beliau, kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.6 juta bagi pembinaan bangunan baharu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, peruntukan tersebut sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur bagi sekolah Tamil supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dalam suasana kondusif.

Menurutnya, fokus utama Kementerian Pendidikan adalah memastikan kesejahteraan anak murid.

Pihaknya juga akan melakukan segala usaha memastikan ekosistem sekolah berada dalam keadaan baik.

Artikel menarik:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Sporting' betul cikgu SK Nong Chik ni.. seronoklah murid tengok cikgu mereka dah bertukar karakter

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri... idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula di sekolah

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok