Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

KPM pantau guru jadikan murid ‘content’ TikTok

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
22 Jun 2023 10:59am

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memantau seorang guru yang didakwa menggunakan murid-muridnya bagi mencipta kandungan di aplikasi TikTok.

Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan, pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya jika menerima aduan.

“Kami akan memantau dari semasa ke semasa dan diminta untuk sebarang aduan dikemukakan kepada KPM apatah lagi sekiranya ia menjejaskan integriti dan etika kerja seorang guru yang berkemungkinan boleh memberi impak negatif kepada keseluruhan ekosistem pendidikan.

“Saya pantau isu ini dengan ketat dan akan maklumkan dari semasa ke semasa apa tindakan sekiranya ada atau intervensi yang akan dibuat di peringkat KPM sekiranya menerima aduan secara rasmi,” katanya ketika melancarkan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, pada Selasa.

Sebelum ini, tular satu video seorang guru yang menggeledah beg sekolah murid-muridnya bagi dijadikan kandungan di TikTok.

Tangkap layar seorang guru yang memiuat naik 'content' menggeledah beg sekolah anak muridnya di sebuah sekolah swasta.
Tangkap layar seorang guru yang memiuat naik 'content' menggeledah beg sekolah anak muridnya di sebuah sekolah swasta.



Beliau yang dikatakan seorang guru di sebuah sekolah swasta turut didakwa menjadikan anak muridnya dan aktiviti harian di sekolah sebagai bahan untuk dimuat naik dan dikongsi bersama lebih satu juta pengikut.

Keadaan ini menimbulkan persoalan dan kebimbangan dalam kalangan warga maya yang melihat video terbabit apatah lagi melihat beberapa komen kurang sopan ditujukan kepada murid.

Dapatkan promosi istimewa makanan kucing Tomkraf yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp