KPM, SPP atasi kekurangan guru
Isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara sering menjadi bualan ramai.
Untuk mengatasinya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.
KPM dalam kenyataan media pada Rabu berkata, pengambilan seramai 6, 315 graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) seperti yang diumumkan SPP minggu lalu, adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan.
Ia adalah untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.
Terdahulu, sepanjang tahun 2023, seramai 18,792 guru baharu telah dilantik.
Daripada jumlah itu, 9,155 guru ditempatkan di sekolah rendah manakala 9,637 di sekolah menengah.
Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara.