
Kenali 10 Perdana Menteri Malaysia
Sejak kemerdekaan tanah air pada tahun 1957, tampuk kepimpinan negara telah diterajui oleh tokoh-tokoh hebat yang bergelar Perdana Menteri.
Setiap seorang daripada mereka membawa visi dan pendekatan tersendiri dalam membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini.
Dilantik secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Utama Negara, Perdana Menteri bukan sahaja mengetuai kerajaan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan rakyat.
Justeru, sebagai warga Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenali dan menghargai jasa mereka.
Hari ini, Sinar Bestari senaraikan 10 Perdana Menteri Malaysia sejak era kemerdekaan hingga sekarang.
1) Perdana Menteri Pertama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
- Berkahwin dengan Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah.
- Menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan Perdana Menteri dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.
- Diberi gelaran Bapa Kemerdekaan pada 30 ogos 1957 di Padang Kelab, Selangor.
- Meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
2) Perdana Menteri Kedua: Tun Abdul Razak Hussein
- Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulai Keladi, Pekan, Pahang.
- Berkahwin dengan Tun Rahah Mohamed Noah.
- Menjadi Perdana Menteri dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976.
- Mendapat gelaran Bapa Pembangunan atas sumbangan beliau.
- Meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
3) Perdana Menteri Ketiga: Tun Hussein Onn
- Dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor.
- Berkahwin dengan Tun Suhailah Mohamed Noah.
- Menjadi Perdana Menteri dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981.
- Mendapat gelaran Bapa Perpaduan atas sumbangan beliau kepada negara.
- Meninggal dunia pada 29 Mei 1990.
4) Perdana Menteri Keempat: Tun Dr Mahathir Mohamad
- Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
- Berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
- Menjadi Perdana Menteri dari 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003.
- Mendapat gelaran Bapa Pemodenan atas sumbangan beliau kepada negara.
5) Perdana Menteri Kelima: Tun Abdullah Ahmad Badawi
- Dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
- Berkahwin dengan Datin Seri Endon Datuk Mahmood dan selepas Datin Seri Endon meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah.
- Menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
- Mendapat gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan atas sumbangan beliau kepada pembangunan negara.
- Meninggal dunia pada 14 April 2025
6) Perdana Menteri Keenam: Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
- Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.
- Berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor.
- Menjadi Perdana Menteri dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
- Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia.
7) Perdana Menteri Ketujuh: Tun Dr Mahathir Mohamad
- Menjadi Perdana Menteri kali kedua pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
- Memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
8) Perdana Menteri Kelapan: Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor.
- Berkahwin dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
- Menjadi Perdana Menteri dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.
9) Perdana Menteri Kesembilan: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang.
- Berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
- Menjadi Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.
10) Perdana Menteri Kesepuluh: Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis.
- Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964).
- Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.
- Memulakan alam persekolahan pada 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK.
- Sewaktu di sekolah menengah, tokoh ini aktif sebagai pemidato dan Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.
- Pada 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).
- Berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 hingga 2020. - Rujukan Awani
Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 6 (Urutan nama Perdana Menteri Pertama hingga Kesembilan)