Gambar hiasan
Gambar hiasan

KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM 2023 bocor

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
06 Feb 2024 03:27pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat susulan dakwaan berlakunya soalan bocor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak KPM mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu tersebut dan memberi jaminan akan integriti pengurusan serta pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan.

“Kita akan siasat dan ambil penuh tanggungjawab ini. Dalam masa yang sama saya tegaskan, integriti kita cukup tinggi dalam mengawal serta memastikan isu peperiksaan ini dijaga dengan rapi dan dikawal dengan baik.

“SPM ini adalah peperiksaan nasional dan dari segi intergiri, keselamatan serta kawalan adalah sangat ketat.

“Jadi apa sahaja dakwaan tentang kebocoran ini kita akan siasat,” katanya pada Program Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian pada selasa.

Mengulas lanjut, Fadhlina juga berharap agar para pelajar yang sedang menduduki SPM tidak terganggu dengan berita tersebut bagi membolehkan mereka fokus pada kertas subjek lain.

Tambahnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada adalah sudah mencukupi bagi mengelakkan isu kebocoran kertas peperiksaan berlaku.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp