KPM teliti garis panduan kemasukan kanak-kanak tanpa dokumen ke sekolah

Adlan Farhan Azwan
15 Mar 2022 08:28pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti semula garis panduan dan prosedur kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah kementerian itu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sementara penelitian itu dilaksanakan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Tanpa Dokumen ke Sekolah dan Surat Siaran KPM Bilangan (3) Tahun 2018: Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara masih berkuat kuasa.

Baca juga

Semakan penempatan 4,828 guru pengambilan khas pada 18 Mac, mula lapor diri 4 April

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bermula 15 Mac

"Untuk makluman, tidak ada sebarang perubahan kepada dasar ataupun pekeliling baharu yang dikeluarkan selain daripada (surat) yang ada bertarikh 11 Mac 2009 dan 15 Januari 2018.

“KPM menyedari terdapat kes-kes di mana anak-anak warganegara tidak dapat meneruskan pendidikan di sekolah rendah. Justeru sebarang isu yang timbul berhubung perkara itu akan dipertimbang berdasarkan maklumat kes dan tertakluk kepada peraturan serta undang-undang," katanya ketika menggulung Perbahasan Titah Diraja, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14, semalam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Mohd Radzi berkata, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi berkaitan dalam meneliti semula garis panduan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan Zero Reject Policy (ZRP) bukan merujuk kepada kemasukan murid tanpa dokumen ke sekolah, sebaliknya ia merujuk kepada penempatan persekolahan murid berkeperluan khas di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan tanpa menafikan hak mereka untuk menerima pendidikan di sekolah di bawah KPM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok