Screenshot (67)
Screenshot (67)

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bermula 15 Mac

Adlan Farhan Azwan
14 Mar 2022 01:34pm
A
A
A

Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 kini dibuka bermula 15 Mac sehingga 15 April 2022.

Antara program yang ditawarkan IPG ialah Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) bagi lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020, dan 2021.

Selain itu, turut ditawarkan ialah Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam. Namun, hanya lulusan SPM tahun 20212 sahaja yang layak memohon bagi menjalani program itu.

Baca juga

Semakan tawaran SVM ke Sekolah Khusus 2022 bermula 15 Mac

Pengumuman! Permohonan calon guru lepasan SPM bakal dibuka 15 Mac ini

Dalam pada itu, Kolej Matrikulasi telah menawarkan sebanyak empat penawaran jurusan yang terdiri daripada sains, kejuruteraan, perakaunan dan perakaunan professional.

Pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan di IPG boleh melayari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my atau menghubungi talian 03-8312 6666 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi penawaran Program Matrikulasi pula, pelajar boleh melayari laman sesawang rasmi Kolej Matrikulasi di https://matrikulasi.moe.gov.my atau hubungi talian 03-8884 4083.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Pelajar yang ingin memohon dinasihatkan supaya membuat penelitian dengan terperinci terlebih dahulu supaya segala maklumat yang diperlukan untuk memohon dapat dilengkapkan dan seterusnya memudahkan proses permohonan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok