Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrotasi adalah tidak dibenarkan sama sekali - KPM
Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrotasi adalah tidak dibenarkan sama sekali - KPM

KPM tidak berkompromi penganjuran aktiviti berbentuk ekstremisme di sekolah

AZLEENDA SAHALUDIN
27 Oct 2023 08:18pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian akan kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial yang memaparkan unsur ekstremisme.

Menurut satu kenyataan media KPM, penganjuran program berkenaan adalah di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Soladiriti Palestin yang sepatutnya berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November 2023.

“Penganjuran program menerusi video tular ini juga tidak mengikuti panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.

“Justeru, KPM tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme sepanjang penganjuran program Minggu Soladiriti Palestin.

“Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrotasi adalah tidak dibenarkan sama sekali,” kata kementerian itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, KPM turut menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini.

Tambahan pula, semua institut di bawah KPM diminta untuk sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang telah ditetapkan.

Minggu Soladiriti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih-sayang dan saling hormat-menghormati.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok