KPM
KPM

KPM tidak tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan

AZLEENDA SAHALUDIN
25 Mar 2024 09:56am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan kes salah laku seksual melibatkan seorang guru dan murid seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, kes itu kini dalam perhatian pihaknya dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada.

“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM.

“KPM juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Institusi pendidikan bawah KPM turut diminta mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalin hubungan dengan gurunya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok