KPM mengambil beberapa langkah atau inisiatif bagi membantu menangani masalah tersebut dari terus menjadi barah dalam sistem pendidikan negara.
KPM mengambil beberapa langkah atau inisiatif bagi membantu menangani masalah tersebut dari terus menjadi barah dalam sistem pendidikan negara.

KPM tubuh Jawatankuasa Disiplin Sekolah tangani buli

Antara langkah dan inisiatif tepat hapuskan buli dalam sistem pendidikan negara

AZLEENDA SAHALUDIN
15 Nov 2023 05:43pm
A
A
A

Kes-kes buli dalam kalangan murid di sekolah rendah dan menengah terus mencatatkan peningkatan setiap tahun.

Jika dahulu buli sering melibatkan gangguan fizikal seperti memukul atau menampar namun hari ini telah berubah kepada bentuk baharu menerusi media sosial.

Antara bentuk buli siber ialah menyingkirkan seseorang dari kumpulan media sosial, menggodam email, mempersendakan rakan sekelas atau guru melalui media sosial.

Walaupun kes buli sering dilaporkan dan menjadi pengajaran khususnya murid sekolah, tetapi masih terdapat antara mereka yang seolah-olah tidak mengendahkan kesan disebalik perbuatan itu.

Justeru, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes buli yang melibatkan pelajar sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil beberapa langkah atau inisiatif bagi membantu menangani masalah tersebut dari terus menjadi barah dalam sistem pendidikan negara.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan sekiranya mendapati terdapat pelajar sekolah yang terlibat dengan kegiatan buli atau gangsterisme, KPM melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil 12/2023 perlu mewujudkan Pihak Berkuasa Disiplin yang dikelola oleh pengetua atau guru besar (PGB).

Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga diarahkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan bagi menyediakan platform rundingan secara harmoni pada peringkat dalaman institusi pendidikan yang menyelesaikan pertikaian dan percanggahan.

Antaranya adalah ketidakpuasan hati ibu bapa atau penjaga mengenai hukuman gantung atau buang sekolah yang diputuskan oleh PGB bagi kesalahan disiplin yang dilakukan atau ketidakpuasan hati mengenai pengendalian kes salah laku yang diuruskan oleh institusi pendidikan.

Artikel Berkaitan:

Adakan pelbagai program

Program Kempen Anti Buli telah dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan sekolah bagi mengelakkan suasana tidak selamat di kawasan institusi pendidikan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, KPM melalui Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan pendekatan yang menyeluruh dalam menangani perilaku buli yang terjadi melibatkan murid sekolah.

Di samping itu juga, program berfokus turut dilaksanakan mengikut keperluan salah laku yang berlaku di sekolah antaranya Amalan Guru Penyayang, Program Mentor Mentee, Program Pembangunan Sahsia Diri dan Murid (PPSDM) serta Bengkel Literasi kepada Persatuan Guru Besar (PBG)Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Selain itu, Program Integrasi Kaum, Kelab Pencegahan Jenayah dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Meskipun usaha menangani masalah itersebut giat dilakukan oleh kementerian namun pastinya dengan sokongan dan dorongan agensi lain sedikit sebanyak membantu mengurangkan kes buli daripada terus berleluasa.

Antara agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak.

Turut terlibat Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Program Riben Kuning dan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS).

Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

INFO

Saluran aduan buli

1) Sistem aduan SISPAA

2) Nombor telefon 03-88849325, 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum

3) Telefon bimbit atau Whatsapp 014-8009325 (24 jam)

4) Emel ke adubuli@moe.gov.my

5) Pegawai Aduan Buli KPM – Mohd Harith Mohd Rahim @ Mohd Noor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok