
KPM umum cuti tambahan sempena Deepavali 2025! Pelajar Kumpulan A & B nikmati rehat panjang
Berita baik untuk pelajar dan guru di seluruh negara!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sempena perayaan Deepavali 2025 yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober 2025.
Menurut Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan ini melibatkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak, bagi memberi peluang warga sekolah yang terlibat menyambut perayaan Pesta Cahaya bersama keluarga dan rakan tersayang.

Berikut jadual cuti tambahan yang diumumkan KPM seperti dikongsi dalam Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.
1) Kumpulan A: Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).
2) Kumpulan B: Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu).
3) Manakala Sarawak (Kumpulan B) pula akan bercuti sehari sahaja iaitu pada 20 Oktober (Isnin).
Dengan pengumuman ini, warga sekolah bakal menikmati lima hari cuti berturut-turut sekali gus berpeluang pulang ke kampung, ziarah rakan atau sekadar berehat di rumah sebelum menyambung sesi persekolahan nanti.

Untuk info, perayaan Deepavali atau Diwali merupakan salah satu perayaan terbesar masyarakat beragama Hindu, Sikh, Jain dan aliran Buddha Newar di serata dunia.
Istilah ini adalah gabungan dua patah kata Deepam yang bermaksud lampu atau cahaya manakala vali pula membawa makna arah atau jalan. Dalam Bahasa Sanskrit pula dÄ«pÄvali bermaksud barisan lampu.
Selain itu, perayaan tersebut juga dikenali dengan nama Pesta Cahaya.
Menurut kepercayaan agama Hindu, cahaya merupakan satu unsur atau elemen yang amat penting di dalam kehidupan.
Peningkatan pemahaman mengenai cahaya oleh seseorang yang beragama Hindu menandakan satu permulaan kehidupan ke arah mencapai kejelasan dalam aspek pemikiran dan lebih berfikiran positif.
Ringkasan AI
- Berita baik untuk pelajar dan guru di seluruh negara
- Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan cuti tambahan sempena Deepavali 2025 pada 20 Oktober 2025
- Cuti tambahan melibatkan semua sekolah kecuali Sarawak
- Kumpulan A bercuti pada 19 dan 21 Oktober, Kumpulan B bercuti pada 21 dan 22 Oktober, Sarawak bercuti pada 20 Oktober
- Perayaan Deepavali dikenali sebagai Pesta Cahaya, simbolik kepada kepentingan cahaya dalam kehidupan dan kepercayaan agama Hindu