Kriket Sekolah Sukan Bukit Jalil buka pintu kepada pelajar perempuan, 10 yang terpilih. Tahniah!
Kriket Sekolah Sukan Bukit Jalil buka pintu kepada pelajar perempuan, 10 yang terpilih. Tahniah!

Kriket Sekolah Sukan Bukit Jalil buka pintu kepada pelajar perempuan, 10 yang terpilih. Tahniah!

webadmin
16 Mar 2021 09:00am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas 22 tahun penubuhannya, sukan kriket di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), buat julung kalinya membuka pintu bagi kemasukan kumpulan pertama 10 pelajar perempuan untuk mengikuti program pembangunan sukan itu semalam, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua Pegawai Operasi Persatuan Kriket Malaysia (MCA) M. Dinesh berkata pelajar berkenaan telah disenarai pendek daripada 20 permohonan yang diterima untuk menceburi sukan dan pendidikan di SKBJ, secara dalam talian, sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata MCA akan menanggung segala yuran sekolah dan menyediakan dua jurulatih, sementara Kementerian Pendidikan (KPM), melalui SKBJ akan menyediakan makanan, penginapan serta kemudahan lain untuk pelajar berkenaan.

"Objektifnya, adalah untuk mempersiapkan mereka bagi menghadapi pelawanan kelayakan Piala Dunia Bawah 19 tahun pada tahun ini dan dipilih menyertai skuad kebangsaan serta berpeluang untuk berganding bersama-sama pemain senior.

"Jika mereka menunjukkan peningkatan dan bakat yang luar biasa semasa latihan, mereka akan berpeluang bermain untuk pasukan kebangsaan bagi Kelayakan Sukan Komanwel Birmingham yang akan diadakan pada pertengahan 2021 atau awal 2022," katanya ketika dihubungi.

Kesemua 10 pelajar berkenaan adalah Nur Izzatul Syafiqa Fajrol dan Nuriman Hidayah Halid, kedua-duanya berusia 14 tahun serta lapan remaja berusia 16 tahun iaitu; Nur Nabilah Mohd Zaid, Nurhasyimah Tajuddin, Nureen Qistina Helmizan, Nur Fatin Aisyah Abdul Rahman, Nur Dania Syuhada Abedul Samad, Nurul Athirah Mohd Adeb, Siti Nazwah Alyazis dan Rasidah Abd Munib.

Jawatankuasa pemilihan diketuai oleh Jurulatih Kriket Wanita negara Thushara Kodikara dan Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan Bilal Asad, bersama-sama Pengurus Pusat Kecemerlangan Mohd Haris Abu Baker dan jurulatih SKBJ Samsyul Hisham - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok