1426600
1426600

Lagi kes buli melibatkan pelajar sekolah, pelajar cedera disebabkan rebut perempuan

Adlan Farhan Azwan
25 Jan 2022 03:30pm
A
A
A

MELAKA - Negara kita sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes buli melibatkan pelajar sekolah apabila seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah teknik, cedera dibuli pelajar senior kerana dipercayai berebut pelajar perempuan.

Kejadian sekitar pukul 2 pagi, hari Sabtu lalu berlaku di sebuah bilik asrama sekolah tersebut sehingga mencederakan bahagian dada, kaki dan belakang badan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, laporan polis berkaitan kejadian itu telah dibuat oleh abang mangsa pada pukul 5.15 petang semalam.

Baca juga Kes buli: Nasib 10 pelajar MRSM di tangan pendakwa raya

Baca juga Kes buli, 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian bakal memasuki sekolah harian

“Mangsa mulanya dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar tingkatan lima di bilik asrama yang mana terdapat kira-kira 10 senior kononnya bertanyakan hal berkaitan rokok elektronik sebelum dia didakwa dipukul beramai-ramai.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian dipercayai berlaku disebabkan rasa tidak berpuas hati oleh pelajar senior terhadap mangsa kerana mereka meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah itu.

Akibat daripada perbalahan itu, seorang pelajar mengalami kecederaan di bahagian perut dan kemudiannya mengalami bengkak serta luka di bahagian badan dan kaki apabila terpaksa berlawan dengan salah seorang pelajar senior berkenaan.

Beliau juga berkata, dalam laporan dibuat, mangsa turut mendakwa sebelum ini pernah ditahan oleh seorang pelajar senior atas kesalahan menghisap vape.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Namun, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Belum ada apa-apa tangkapan setakat ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," jelas beliau.

Sebelum ini, 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial sudah dikenakan tindakan apabila mereka dibuang daripada MRSM dan ditempatkan di sekolah harian.

Sehingga kini, lebih lima kes buli yang telah berlaku melibatkan pelajar sekolah mahupun institusi pengajian lain dalam tempoh enam bulan yang lepas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok