Isu kekurangan guru di Sarawak bukan perkara baharu, malah ia sudah berlarutan sekian lama. Kredit foto: Bernama
Isu kekurangan guru di Sarawak bukan perkara baharu, malah ia sudah berlarutan sekian lama. Kredit foto: Bernama

Lebih 3,000 guru diperlukan di Sarawak bagi menampung jumlah guru bersara, pindah

20 Oct 2023 04:55pm
A
A
A

Sarawak memerlukan lebih 3,000 guru bagi menampung jumlah guru yang bersara dan yang dipindahkan ke negeri lain.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa'ee, usaha menangani masalah kekurangan guru di Sarawak telah dilakukan ke arah yang betul dengan pengambilan kira-kira 9,500 guru tambahan secara nasional pada November depan.

“Negeri ini perlu diberikan keutamaan dalam penempatan guru.

“Sekiranya kita diberi separuh daripada jumlah tersebut, maka selesailah masalah kekurangan guru di Sarawak,” ujarnya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Hikmah Islamic Technology College dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Institut Kemahiran Darul Ridzuan di Kuching, Sarawak pada Selasa.

Sementara itu, Dr Annuar berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu tegas berhubung penempatan guru termasuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak mengendahkan garis panduan penempatan.

“Isu kekurangan guru di Sarawak bukan perkara baharu, malah ia sudah berlarutan sekian lama.

“Justeru, Sarawak perlu diberi keutamaan dalam aspek penempatan cikgu-cikgu baharu sebagai usaha mengatasi masalah kekurangan pendidik yang agak serius di negeri ini,” katanya

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok