Sejak tahun 2010, sejumlah 2,561,062 pelajar perempuan telah menerima vaksin HPV.
Sejak tahun 2010, sejumlah 2,561,062 pelajar perempuan telah menerima vaksin HPV.

Lebih 7,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat persekolahan 2024

21 May 2024 04:16pm
A
A
A

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini yang masih belum menerima vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kohort berkenaan terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan vaksin HPV di peringkat global.

"Sehubungan dengan itu, KKM telah mempergiat aktiviti pelaksanaan pemberian imunisasi HPV catch-up kepada murid yang belum menerima sebarang imunisasi HPV sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.

"Bekalan vaksin yang kita ada ialah 802,000 dos bermakna kita mempunyai dos yang mencukupi kepada baki pelajar yang tersenarai dalam data simpanan kita dan kesemua baki itu akan diberikan suntikan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Pra-Pelancaran Pemberian Imunisasi HPV Catch-Up kepada murid perempuan Tingkatan Satu hingga Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 pada Selasa yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.

Beliau berkata, pecahan baki yang belum menerima vaksin terbabit adalah sebanyak 54,224 pelajar tingkatan empat untuk kohort 2021; 220,158 bagi pelajar tingkatan tiga (2022); 219,815 pelajar tingkatan dua (2023) dan 225,039 pelajar tingkatan satu pada tahun ini.

Lukanisman berkata, sejak program ini diperkenalkan pada 2010, sejumlah 2,561,062 pelajar perempuan telah menerima vaksin HPV. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok