Keseluruhan Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B adalah sekitar sembilan hari. Kredit foto: Facebook SK Kg Johan Setia
Keseluruhan Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B adalah sekitar sembilan hari. Kredit foto: Facebook SK Kg Johan Setia

Lebih seminggu Cuti Penggal 1 2023/2024, guru dan pelajar rancang bercuti ke mana?

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
22 May 2023 03:38pm

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Cuti Penggal 1 bagi Sesi Akademik 2023/2024 akan bermula.

Ketika ini, Sinar Bestari yakin guru, pelajar dan ibu bapa sudah merancang pelbagai program sepanjang cuti persekolahan berlangsung.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, tarikh Cuti Penggal 1 akan bermula 26 Mei (Jumaat) hingga 3 Jun 2023 (Sabtu) bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula pada 27 Mei (Sabtu) hingga 4 Jun 2023 (Ahad).

Berdasarkan kiraan Sinar Bestari, keseluruhan Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B adalah sekitar sembilan hari. Wah! Seronok betul dapat cuti panjang.

Seperkara lagi berita menggembirakan apabila Sinar Bestari difahamkan pada 5 Jun depan (Isnin), rakyat di negara ini akan diberikan cuti umum sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kepada guru, pelajar, ibu bapa dan orang ramai yang bakal bercuti panjang tidak lama lagi, Sinar Bestari mengucapkan selamat bercuti dan pastikan kesihatan serta keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp