Program diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac ini, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal. (Gambar hiasan)
Program diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac ini, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal. (Gambar hiasan)

Lepasan SPM disaran manfaat program Jelajah Pendidikan TVET Selangor

22 Mar 2024 12:33pm

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memanfaatkan program Jelajah Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor bagi mendapatkan maklumat dan panduan dalam merancang kerjaya selepas tamat persekolahan.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Dr G Gunaraj berkata, program yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac ini, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal.

"Pelajar (lepasan SPM) tertanya-tanya apa yang mereka boleh buat selepas habis belajar serta hala tuju kerjaya. Program ini bertujuan membantu pelajar memohon kursus mengikut keinginan dan cita-cita masing-masing.

"Semua ada di bawah satu bumbung. Selain pasukan beruniform, ada juga sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian, penternakan serta lain-lain yang berasaskan bidang teknikal," kata G Gunaraj semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV.

G GUNARAJ
G GUNARAJ

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa itu berkata, terdapat 35 reruai akan dibuka termasuk pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pertubuhan Malaysia Madani (MyMADANI) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk melaksanakan projek Bazaria MADANI sebagai pelan jangka pendek pemerkasaan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pengerusi MyMADANI Mohd Bakhtiar Yusof berkata sebagai langkah permulaan, projek berkenaan dimulakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Dengan kemampuan dan sokongan rakan strategik, dah sampai masanya untuk kita buat satu karnival atau expo (bazaria) dengan fokus adalah di kawasan luar bandar (kampung atau daerah), bermula pada skala kecil," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp