LOTUS-SINARBESTARI-2022
LOTUS-SINARBESTARI-2022

Lotus’s Malaysia, Unilever kumpul dana bantu 1,000 pelajar

nadzarul.amir
05 Dec 2022 06:04pm
A
A
A

Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) dan Unilever Malaysia mengumpul dana berjumlah RM100,000 dalam usaha meringankan beban 1,000 pelajar kurang berkemampuan memasuki sesi persekolahan baharu.

Ketua Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Lotus’s Malaysia, Hanim Hamdan berkata, dana tersebut dikumpul melalui program Unilever Back to School: Donate to Help with Lotus’s Malaysia.

“Ia diagihkan kepada lima buah sekolah angkat syarikat peruncitan ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pandan, Johor; SK Kuala Selangor, Selangor; SK Pengkalan Baharu, Perak; SK Taman Bunga Raya 2, Rawang dan SK Sungai Puyu, Pulau Pinang.

“Melalui program berkenaan, setiap RM1 daripada pembelian produk Unilever bernilai RM35 akan disalurkan ke tabung dana tersebut,” katanya pada majlis Penyerahan Dana Unilever Back to School: Donate to Help with Lotus’s Malaysia di Lotus’s Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Jualan Nasional - Pasar Raya Besar dan Pasar Raya Unilever Malaysia, Benjamin Ang dan Pengurus Besar PINTAR Foundation, Norazlina Masom.

Majlis turut dimeriahkan 25 pelajar bersama ibu bapa dari sekolah angkat Lotus’s Ara Damansara, SK Tropicana.

Sementara itu, Benjamin berkata, beliau berharap program itu dapat membawa perubahan dalam kehidupan para pelajar dan membantu meringankan beban ibu bapa mereka.

“Kami percaya pendidikan sangat penting dalam membentuk masa depan generasi muda. Melalui program ini, kami berharap dapat melihat peningkatan motivasi para pelajar sekali gus terus berusaha dan cemerlang dalam pelajaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 50 guru dari 63 sekolah angkat Lotus’s Malaysia telah menamatkan Program Kepimpinan Guru bersama PINTAR Foundation yang berlangsung selama tujuh bulan.

Program berkenaan merangkumi latihan, bengkel dan sesi perkongsian profesional untuk memperkasa peranan pendidik atau pemimpin dengan berkesan serta meningkatkan kemahiran pembangunan profesional mereka.

Ia bagi membolehkan para guru mewujudkan persekitaran pembelajaran dan menggalakan pertumbuhan minda lebih baik untuk para pelajar.

Syarikat peruncitan tersebut juga telah bekerjasama dengan VSTECS Berhad pada Oktober lalu, membaik pulih makmal komputer di SK Seksyen 17, Shah Alam dan menyumbang 50 buah komputer riba untuk kegunaan pelajar serta guru dalam memberi pendedahan konsep bilik darjah moden kepada pelajar.

Artikel berkaitan

Rezeki SK Seksyen 17! Makmal komputer dinaik taraf, terima 50 komputer riba

Persiapan sekolah 2022: LZS agih RM32.6 juta

Cuti Sekolah Penggal 3 bermula Disember ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok