Inilah pelajar Malaysia yang mencipta rekod cukup membanggakan dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia.
Inilah pelajar Malaysia yang mencipta rekod cukup membanggakan dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia.

Luar biasa! Enam pelajar Malaysia raih dua perak, empat gangsa di Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jul 2024 10:54pm
A
A
A

Kumpulan pelajar Malaysia telah mencipta rekod buat pertama kali apabila mereka memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia di United Kingdom (UK).

Perkara itu dimaklumkan Olimpiad Matematik Malaysia menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Pelajar tersebut Ivan Chan Guan Yu dan Wong Jer Ren telah merangkul pingat perak manakala empat lagi iaitu Daryl Lee Ker Ru, Leia Mayssa Masyerin, Tan Min Heng dan Loh Kwong Weng memenangi pingat gangsa dalam pertandingan itu.

Olimpiad Matematik Malaysia menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu, merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang.

"Ini merupakan kali pertama kesemua peserta dalam pasukan memenangi pingat dan menyelesaikan P1 dan P4," ujarnya.

No Image Caption

Dalam perkongsian sama, Olimpiad Matematik Malaysia turut memaklumkan yang Malaysia menduduki tempat kedua dan juga sebaris dengan Vietnam dalam kalangan negara-negara ASEAN, mendepani kedudukan Singapura.

"Malaysia meraih kedudukan ke-33 daripada 117 negara yang mengambil bahagian.

"Majlis penyampaian pingat akan berlangsung pada majlis penutupan The Forum, Bath UK pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Ahad," catatnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang pasukan negara dalam pertandingan tersebut.

“Pasukan negara berjaya meraih dua pingat perak dan empat pingat gangsa dalam pertandingan berprestij ini, meletakkan Malaysia pada kedudukan kedua dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan untuk terus cemerlang,” katanya di Facebook.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok