Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Emeritus Profesor Dr Muhammad Awang (tiga dari kiri belakang) dan Mohd Sabirin Sarbini (dua dari kiri belakang) bergambar bersama penerima sumbangan ketika Program Simbolik Agihan Bantuan Pendidikan Tahun 2025 LZS di Institut Perakauanan Negara Sabak Bernam pada Khamis.

LZS agih RM36.4 juta zakat bagi bantuan persekolahan

17 Jan 2025 07:00am

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM36.4 juta zakat kepada keluarga asnaf, fakir, miskin dan mualaf bagi sesi persekolahan tahun ini, meliputi bantuan yuran persekolahan dan kelengkapan peralatan persekolahan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Sarbini berkata, agihan itu akan memanfaatkan seramai 70,000 pelajar, melibatkan 1,119 di peringkat prasekolah, 33,117 Sekolah Kebangsaan (SK), 7,790 pelajar Sekolah Rendah Agama dan 36,292 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Agama.

Beliau berkata, bantuan yuran persekolahan akan diterima terus oleh ketua keluarga melalui akaun bank, V-cash atau tunai bermula 18 Januari ini.

"Kadar minimum bagi bantuan yuran persekolahan yang akan diterima oleh setiap pelajar ialah Tadika atau prasekolah sebanyak RM100 seorang, SK atau Sekolah Rendah Agama sebanyak RM150 seorang, manakala bagi SMK atau Sekolah Menengah Agama mendapat kadar RM250 seorang.

"Manakala kadar maksimum yang akan diterima daripada yang dinyatakan tadi adalah sebanyak RM1,200 bagi satu keluarga serta tambahan token keperluan dengan kadar maksima sebanyak RM800 satu keluarga berdasarkan tahap sekolah tanggungan isi keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Simbolik Agihan Bantuan Pendidikan Tahun 2025 LZS, di sini pada Khamis.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Emeritus Profesor Dr Muhammad Awang (lima dari kiri) dan Mohd Sabirin (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan ketika Program Simbolik Agihan Bantuan Pendidikan Tahun 2025 LZS di Institut Perakauanan Negara Sabak Bernam pada Khamis.

Mohd Sabirin berkata, bagi bantuan kelengkapan peralatan persekolahan pula pelajar SK akan menerima kadar bantuan sebanyak RM170 seorang, Sekolah Rendah Agama RM150 seorang manakala SMK atau Sekolah Menengah Agama RM200 seorang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setiap pelajar yang menerima bantuan tersebut diwajibkan membeli sepasang pakaian seragam sekolah dan selebihnya bebas untuk membuat penebusan peralatan sekolah lain seperti alat tulis, baju sukan atau pendidikan jasmani, baju ko-kurikulum, buku dan sebagainya berdasarkan syarat dan panduan yang telah ditetapkan.

No Image Caption

"Penebusan bagi bantuan kelengkapan peralatan persekolahan ini boleh dibuat juga bermula Sabtu ini sehingga 17 April nanti.

"Untuk makluman, penerima bantuan di semua sembilan daerah boleh mengunjungi mana-mana pasar raya atau rangkaian kedai yang telah ditetapkan LZS bagi membuat penebusan kelengkapan peralatan persekolahan berdasarkan kadar bantuan yang diterima," katanya.

Pada majlis itu, Public Islamic Bank Berhad (PICC) turut menyampaikan sumbangan agihan wakalah kepada 50 ketua keluarga terpilih dari daerah Sabak Bernam dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM22,500. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp