Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

Majlis Mara lulus dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran

IZWAN ROZLINIZWAN ROZLIN
26 Jun 2025 03:18pm

Peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Mara.

"Mara menawarkan dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran. Terbuka untuk semua. Jangan lepaskan peluang," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Asyraf Wajdi berkata, permohonan boleh dikemukakan melalui portal e-conversion atau emel kepada penguranganbkk@mara.gov.my.

"Hubungi careline Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk maklumat lanjut 03-40108800/8801/8802," katanya. 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp