Zambry ketika siri lawatan ke Switzerland, yang berakhir pada Isnin.
Zambry ketika siri lawatan ke Switzerland, yang berakhir pada Isnin.

Malaysia bangunkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan

10 Sep 2024 05:30pm

Malaysia akan membangunkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan kepada belia dari negara membangun dan negara selepas perang seperti Iraq, Afghanistan, Libya dan Timor Leste,” demikian kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, peluang itu adalah pengiktirafan besar buat negara kerana mendapat mandat untuk membangunkan pusat tersebut.

Zambry berkata, perkara itu dipersetujui dalam pertemuan dua hala bersama Presiden Institut Kajian Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Profesor Tetsuya Watanabe; Ketua Pakar Perdagangan di Bank Dunia, Dr Roberto Echandi dan Pengurus Praktis dan Perdagangan Global di Bank Dunia, dalam lawatan ke Switzerland pada 6 hingga 9 September lepas.

Selain membangunkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan, kesemuanya juga sempat berbincang mengenai program capacity building.

"Mereka begitu tertarik untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan bakat yang dapat menyumbang kepada negara mahupun global kelak,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

No Image Caption

Beliau berkata, pada masa sama, ia juga adalah satu daripada usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memberikan akses pendidikan yang terbaik kepada penduduk negara-negara berkenaan untuk mendapat pendidikan tinggi, seterusnya berbakti membangunkan negara masing-masing.

"Hasrat itu disambut baik selaras dengan fokus KPT iaitu mengantarabangsakan pendidikan tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Pada peringkat awal, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjadi penyelaras bagi program-program berkaitan, dalam menjayakan inisiatif ini,” katanya.

Akhir sekali, Zambry memberitahu, lawatan ke Switzerland membuahkan hasil dan memperkukuh lagi hubungan dua hala serta kerjasama strategik dalam menjayakan agenda pembangunan bakat terbaik dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp