Maszlee tegur kain rentang sekolah tidak guna bahasa Melayu
Maszlee tegur kain rentang sekolah tidak guna bahasa Melayu

Maszlee tegur kain rentang sekolah tidak guna bahasa Melayu

Azliyana Sulaiman
30 Dec 2020 09:10am
A
A
A

IPOH - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, Perak kerana tidak menggunakan bahasa Melayu dalam kain rentang sekolah.

Teguran itu dibuat menerusi hantaran di ruangan komen Instagram milik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pagi semalam.

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan jata negara turut digunakan.

Dalam pada itu, Kor Ming ketika dihubungi berkata, kain rentang berkenaan bukanlah poster rasmi daripada pihak sekolah.

Menurutnya, dalam versi rasmi dinyatakan secara jelas makluman program dalam bahasa Melayu dan Cina.

“Bahasa kebangsaan dipaparkan dengan jelas dalam bunting rasmi, ini membuktikan semua pihak menghormati bahasa kebangsaan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok