"Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar"
"Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar"

"Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar"

webadmin
31 Dec 2020 01:30am
A
A
A

KUCHING - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpendapat ada kewajaran​​​​ untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru besar di sekolah rendah kebangsaan di seluruh negara yang disifatkan berada di ‘takuk yang lama’.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Amin Senin berkata menjadi hasrat beliau untuk melihat gred jawatan berkenaan dapat dinaikkan dari gred DG34 ke gred DG48.

"Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar itu dan ia perlu kita angkat selaras dengan usaha terdahulu menjadikan jawatan-jawatan guru di sekolah rendah adalah guru lepasan ijazah.

"Jadi pada ketika ini ‘logical move’ yang betul adalah untuk mengangkat gred hakiki guru besar, walaupun pada ketika ini ada guru besar yang sudah menduduki gred DG48 berdasarkan ‘time based - personal to holder’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Konvensyen Pendidikan kebangsaan Kali Ke-25 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan kali Ke-37 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) 2019.

Difahamkan, ketika ini guru biasa yang dilantik sebagai guru besar sekolah rendah akan kekal dengan gred hakiki DG34 yang disandang dan hanya diberi elaun jawatan sebanyak RM200 manakala penolong kanan kekal dengan gred DG32 dan diberi elaun RM60 sebulan.

Ia berbeza dengan guru di sekolah menengah apabila mereka dilantik sebagai pengetua, dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52, dan diberi elaun jawatan RM300 sebulan manakala penolong kanan akan dinaikkan daripada gred DG44 kepada DG48.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian, Amin berkata perkara berkenaan sedang dalam perbincangan dan sudahpun mempunyai kertas kerja serta pernah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa kebinet sebelum ini.

"Usaha itu bukan setakat gred guru besar sahaja tetapi merangkumi jawatan-jawatan lain dalam penstrukturan kita,” katanya.

Isu jawatan gred guru besar itu timbul apabila Yang di-Pertua GMGBM Rustam Affandi Abdul Aziz mengutarakan isu terbabit dalam ucapan aluannya yang mewakili suara guru besar seluruh negara. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok