HomeBuletinMinggu sains negara ke arah planet sihat, galak penglibatan pelajar melalui program...

Artikel Berkaitan

Minggu sains negara ke arah planet sihat, galak penglibatan pelajar melalui program dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi agensi Akademi Sains Malaysia (ASM) melancarkan Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 (MSNKM 2022) secara dalam talian, baru-baru ini.

Program maya tersebut dijadualkan berlangsung mulai April sehingga Oktober 2022 bertujuan mewujudkan kesedaran kepada pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan masyarakat supaya memberi tumpuan mengenai kepentingan kesihatan planet.

Baca juga

Program Asasi Sains UMK lahir saintis muda minda keusahawanan

Nota ringkas Sains tulisan tangan Cikgu Nur Faralina buat pelajar bersemangat hendak belajar. Terbaiklah cikgu!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Hazami Habib, pelaksanaan MSKNM kali ini akan menumpukan kepada usaha pemeliharaan bumi berpaksikan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (Stie) seiring dengan perkembangan dunia semasa.

“Inisiatif yang berfokuskan bidang kesihatan planet ini amat tepat pada masanya untuk diperkenalkan berikutan pelbagai situasi terkini yang kita alami di Malaysia seperti perubahan iklim, penyakit berjangkit serta pandemik Covid-19.

Kesihatan planet adalah salah satu bidang fokus ASM.

“Menggunakan pendekatan Stie, ASM  ingin mengarusperdanakan kesihatan planet dan mengajak semua untuk memahami apakah  peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian baharu dan kesiapsiagaan dalam  mendepani cabaran berkaitan di masa akan datang,” katanya.

ASM akan melaksanakan beberapa program yang berkaitan dengan bidang fokus tersebut termasuk Webinar Kesihatan Planet, E-Game Kesihatan Planet, Ceritera Sains TikTok dan National Science Challenge 2022. 

Menerusi bidang fokus Pembudayaan dan  Kesedaran, program yang dirancang adalah Webinar Kerjaya Stem oleh Ikon Sains dan  Latihan Kaedah Pengajaran Sains Berasaskan Inkuiri (Ibse). 

Sementara itu, sesi Borak Sains Jaringan Saintis Muda (YSN-ASM), sesi dialog Menteri Mosti, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama ahli YSN-ASM dan pelancaran Modul Sains Komunikasi Jaringan Saintis Muda juga bakal dianjurkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Program maya MSNKM 2022 terbuka kepada semua menerusi laman sesawang www.minggusainsnegara.com, manakala, pendaftaran dan akses kepada setiap program ASM adalah percuma. 

Difahamkan, penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif Mosti dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara  (Dstin) tahun 2021 hingga 2030.

 

Artikel Terkini