
Murid darjah satu di usia enam tahun bermula 2027 - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu pada 2027.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan perubahan masih belum diwajibkan kepada ibu bapa bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya warga pendidik.
"Sekarang ni anak-anak masuk sekolah darjah satu umur tujuh tahun. Mulai tahun depan, pra-sekolah lima tahun, darjah satu enam tahun.
"Untuk tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana ada ibu bapa yang rasa anak-anak belum bersedia.
"Masih boleh masuk darjah satu pada usia tujuh tahun. Tetapi kita galakkan ibu bapa bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu pada 2027
- Beliau menjelaskan perubahan belum diwajibkan kepada ibu bapa untuk memberi ruang bersedia kepada persekitaran pendidikan baru
- Anak-anak kini masuk sekolah darjah satu pada usia tujuh tahun dan mulai tahun depan, pra-sekolah akan untuk lima tahun dan darjah satu untuk enam tahun
- Untuk tahun 2027, pendaftaran darjah satu pada usia enam tahun tidak wajib jika ibu bapa rasa anak-anak belum bersedia, masih boleh pada usia tujuh tahun
- Galakan kepada ibu bapa untuk bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah
