
Murid PPKI SK Meru meninggal dunia akibat Influenza A
Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, Selangor meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat jangkitan Influenza A.
Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurutnya, pihak kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang murid PPKI SK Meru meninggal akibat Influenza A
- Muhammad Syeikhu Azrin berusia 8 tahun
- Seluruh ahli keluarganya turut positif Influenza A
- Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut
- Langkah pencegahan telah diambil untuk kawal penularan jangkitan