
Pelajar meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM batal kejohanan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang pelajar yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.
KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian pelajar itu.
"Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
"Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Tahun 2025
- Keputusan pembatalan dibuat selepas seorang pelajar yang menyertai kejohanan meninggal dunia secara mengejut
- Pelajar tersebut rebah ketika perlawanan dan meninggal dunia walaupun sudah diberi rawatan awal
- KPM mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang meninggal
- Pembatalan kejohanan adalah sebagai penghormatan kepada pemergian pelajar tersebut