Menurut Abang Zainal, Muhammad Fauzan yang berasal dari Johor dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada kira-kira 10.30 pagi, ketika hendak memasuki padang.
Menurut Abang Zainal, Muhammad Fauzan yang berasal dari Johor dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada kira-kira 10.30 pagi, ketika hendak memasuki padang.

Pelajar Tingkatan 4, Muhammad Fauzan meninggal dunia ketika Kejohanan Ragbi SBP Kebangsaan

05 Oct 2025 02:18pm

Polis mengesahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman,16, berasal dari Johor dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada kira-kira 10.30 pagi, ketika hendak memasuki padang bagi memulakan perlawanan separuh masa kedua dalam kejohanan itu.

"Hasil temu bual awal bersama guru pengiring mendapati mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau keletihan semasa bermain pada separuh masa pertama perlawanan tersebut.

"Pegawai perubatan yang bertugas di lokasi kejadian segera memberi rawatan awal selepas mendapati mangsa mengalami kekejangan otot dan disyaki terkena sawan. Bantuan pernafasan (CPR) turut diberikan selepas nadi mangsa dikesan lemah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.18 pagi.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan dalaman otot pinggul kanan (exsanguination from psoas muscle tear). Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan 2025, selepas kejadian seorang pelajar yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pelajar lelaki Tingkatan Empat meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan 2025
  • Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, dari Johor, rebah secara tiba-tiba ketika hendak memulakan permainan separuh masa kedua
  • Mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau keletihan semasa bermain pada separuh masa pertama
  • Mangsa mengalami kekejangan otot dan disyaki terkena sawan, dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal akibat pendarahan dalaman otot pinggul kanan
  • Kementerian Pendidikan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan 2025 selepas kejadian ini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp