KPM menegaskan bahawa pemakaian tali leher tidak lagi wajib bagi murid sekolah mulai sesi persekolahan tahun depan.
KPM menegaskan bahawa pemakaian tali leher tidak lagi wajib bagi murid sekolah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM

30 Dec 2025 09:31am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pemakaian tali leher tidak lagi wajib bagi murid sekolah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat siaran bertarikh 17 Disember lalu, susulan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 yang diadakan pada 8 Disember.

Surat berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.

Menurut KPM, dasar tersebut menetapkan bahawa tiada sebarang paksaan atau tekanan boleh dikenakan ke atas murid berkaitan pemakaian tali leher di sekolah.

Kementerian turut menegaskan keprihatinan terhadap tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak menjelang permulaan sesi baharu.

"Bagi meringankan beban tersebut, KPM mengambil kira keperluan semasa murid sebelum membuat keputusan ini," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi kementerian.

Antara faktor utama yang dipertimbangkan termasuk keadaan iklim tempatan yang panas dan lembap, yang didapati kurang sesuai untuk pemakaian tali leher secara harian serta boleh menjejaskan keselesaan murid.

Selain itu, langkah berkenaan juga selari dengan usaha KPM untuk mengurangkan tekanan kewangan yang ditanggung oleh isi rumah, khususnya dalam penyediaan kelengkapan persekolahan. - Sinar Harian 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pemakaian tali leher tidak lagi wajib bagi murid sekolah mulai sesi persekolahan tahun depan
  • Keputusan ini diumumkan melalui surat siaran bertarikh 17 Disember, susulan Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 pada 8 Disember
  • Tidak ada paksaan atau tekanan ke atas murid berkaitan pemakaian tali leher di sekolah
  • Keputusan ini dibuat sebagai usaha meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
  • Faktor iklim tempatan yang panas dan lembap serta usaha mengurangkan tekanan kewangan keluarga merupakan sebahagian daripada pertimbangan utama keputusan ini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp