Fluke menunggang Kalamae sejauh lebih 800 meter setiap hari untuk ke sekolah di Phetchaburi. Foto Agensi
Fluke menunggang Kalamae sejauh lebih 800 meter setiap hari untuk ke sekolah di Phetchaburi. Foto Agensi

Murid tunggang kerbau kesayangan ke sekolah setiap hari

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANIMUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
27 Sep 2025 01:41pm

Setiap pagi dan petang, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Thanwa Thongiem atau lebih mesra dipanggil Fluke, menunggang kerbau kesayangannya yang diberi nama Kalamae untuk pergi dan pulang dari Sekolah Wat Nong Som di Daerah Khao Yoi, Thailand sejauh lebih 800 meter.

Media tempatan melaporkan, amalan harian itu bukan sahaja mencuri perhatian jiran dan orang yang lalu-lalang, malah mencerminkan ikatan mesra antara seorang anak kecil dengan haiwan peliharaannya.

Fluke, murid Darjah Dua, mempunyai rutin sederhana sebelum menunggang Kalamae, dia akan menadah tangan memberi hormat, meletakkan kakinya pada tanduk kerbau sebelum naik dengan penuh cekap.

Setibanya di sekolah, Kalamae ditambat berhampiran kolam di pintu masuk untuk meragut rumput sehingga Fluke tamat waktu persekolahan.

Apabila pulang, Fluke melepaskan ikatan dan menunggang semula Kalamae ke rumah.

Orang ramai yang melihat turut terharu dengan interaksi mesra itu apabila Kalamae sering menggeselkan kepala seakan manja pada tuannya.

Menurut ibunya, Nopparat Chuchuen, Fluke mula menunggang kerbau sejak berusia enam tahun dan hampir dua tahun kini mereka berulang-alik bersama.

Kerbau tersebut sudah terlatih serta hafal laluan, menjadikan perjalanan anaknya selamat.

Artikel Berkaitan:

Pemandangan unik Fluke bersama Kalamae bukan sahaja menggembirakan guru, pelajar dan penduduk tempatan, tetapi juga menjadi peringatan indah tentang kesederhanaan kehidupan desa serta tradisi budaya Thailand yang masih utuh. - Agensi

Ringkasan AI

  • Setiap pagi dan petang, seorang kanak-kanak 8 tahun, Thanwa Thongiem menunggang kerbau kesayangannya 'Kalamae' ke Sekolah Wat Nong Som di Thailand sejauh lebih 800 meter
  • Amalan harian tersebut mencerminkan ikatan mesra antara seorang anak kecil dengan haiwan peliharaannya dan mencuri perhatian orang ramai
  • Sebelum menunggang, Fluke mempunyai rutin sederhana iaitu memberi hormat dan meletakkan kakinya pada tanduk kerbau
  • Kalamae ditambat berhampiran kolam di pintu masuk sekolah sehingga Fluke tamat waktu persekolahan
  • Interaksi mesra antara Fluke dan Kalamae, seperti Kalamae menggeselkan kepala pada tuannya, mengharukan orang ramai
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp