Malaysia berhasrat memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk berbanding seorang doktor haiwan kepada 14,000 penduduk ketika ini. Gambar kecil: Lokman Hakim.
Malaysia berhasrat memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk berbanding seorang doktor haiwan kepada 14,000 penduduk ketika ini. Gambar kecil: Lokman Hakim.

Negara perlu 6,000 veterinar - KPKM

27 Apr 2024 03:30pm

Negara memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 veterinar bagi menampung keperluan industri termasuk dalam menambah baik kaedah pembakaan haiwan, berbanding 2,300 veterinar ketika ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, Malaysia juga berhasrat memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk (yang memiliki haiwan peliharaan/ternakan) berbanding seorang doktor haiwan kepada 14,000 penduduk ketika ini.

"Kita perlukan lebih kurang 6,000 veterinar lagi untuk membantu kita menjayakan aspirasi kemampanan dan keterjaminan makanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Veterinar Sedunia 2024 di Laman Ternakan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada Sabtu.

Beliau berkata, kekurangan veterinar antaranya disebabkan oleh peluang pendidikan ditawarkan dalam negara yang terhad.

Kekurangan veterinar antaranya disebabkan oleh peluang pendidikan ditawarkan dalam negara yang terhad. (Gambar hiasan)
Kekurangan veterinar antaranya disebabkan oleh peluang pendidikan ditawarkan dalam negara yang terhad. (Gambar hiasan)

Selain itu, katanya dua universiti tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak mampu untuk menampung jumlah permohonan kursus veterinar yang mencecah 3,000 permohonan saban tahun.

Menurutnya, UPM hanya mengeluarkan 140 hingga 150 graduan veterinar manakala UMK sekitar 40 veterinar setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu, kita perlu dapatkan kerjasama kukuh di peringkat kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti tempatan dan swasta...selain keperluan untuk beri pakej insentif atau yang mungkin setara dengan pegawai perubatan yang akan dapat tingkatkan penyertaan dalam industri ini," katanya. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp