Nestlé Malaysia memulakan program tahunan Nestlé Cares Kembali ke Sekolah yang digabungkan dengan inisiatif MILO®️ Energy for Good, menyumbangkan perabot kelas dan peralatan sukan mesra alam kepada SK Panggong baru-baru ini.
Nestlé Malaysia memulakan program tahunan Nestlé Cares Kembali ke Sekolah yang digabungkan dengan inisiatif MILO®️ Energy for Good, menyumbangkan perabot kelas dan peralatan sukan mesra alam kepada SK Panggong baru-baru ini.

Nestlé Cares Kembali ke Sekolah bantu 4,000 pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
31 Jan 2025 12:02pm

Nestlé Malaysia terus komited membantu pelajar dari komuniti kurang berkemampuan menerusi program Nestlé Cares Kembali ke Sekolah yang diperluaskan ke seluruh negara tahun ini.

Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 pelajar di seluruh negara dengan sumbangan pelbagai barangan keperluan asas sekolah seperti pakaian seragam, sarung kaki, kasut dan alat tulis di samping sumbangan produk makanan dan minuman untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada keluarga mereka.

Selain itu, perabot bilik darjah mesra alam dan peralatan sukan yang diperbuat daripada bahan kitar semula di bawah inisiatif MILO Tenaga Untuk Kebaikan turut disumbangkan di mana ia memberi tumpuan khusus kepada kawasan Pantai Timur yang sering berdepan cabaran banjir setiap tahun.

Majlis penyerahan rasmi berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggong, Pasir Puteh, Kelantan, yang menjadi antara sekolah terawal menerima bekalan penting itu.

Beberapa sekolah lain turut dijadualkan menerima bantuan serupa termasuk SK Tengku Ampuan Intan, SK Kampung Buloh di Kuala Terengganu serta SK Rantau Panjang di Kelantan.

Manakala SK Durian Burung tercatat sebagai penerima awal barangan ini dalam projek perintis MILO®️ Tenaga Untuk Kebaikan yang dilancarkan Oktober 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya memahami cabaran yang dihadapi komuniti di Pantai Timur akibat banjir yang menjejaskan rutin harian persekolahan, sekali gus menekankan kepentingan pendidikan setiap kanak-kanak.

"Dengan menggabungkan program Kembali ke Sekolah dan inovasi lestari melalui MILO Tenaga Untuk Kebaikan, kami berusaha untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan menyokong masyarakat Malaysia dengan cara yang memberi kesan positif berkekalan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Juan Aranols (kiri) memperkenalkan Projek CAREton, kerjasama dengan Tetra Pak, yang telah mengitar semula lebih 5,400 tan kotak minuman terpakai sejak 2012, sambil mendidik pelajar tentang kepentingan kitar semula.
Juan Aranols (kiri) memperkenalkan Projek CAREton, kerjasama dengan Tetra Pak, yang telah mengitar semula lebih 5,400 tan kotak minuman terpakai sejak 2012, sambil mendidik pelajar tentang kepentingan kitar semula.

Inisiatif MILO Tenaga Untuk Kebaikan menukar pembungkusan UHT terpakai kepada bahan kitar semula yang dijadikan perabot sekolah serta peralatan sukan tahan lama. Ia direka khas untuk lebih tahan kesan banjir, bagi menjamin persekitaran pembelajaran stabil kepada pelajar di kawasan terdedah kepada bencana itu.

Bahan inovatif ini dihasilkan menerusi Projek CAREton, kerjasama antara Nestlé Malaysia dan Tetra Pak yang berjaya mengitar semula 5,400 tan karton minuman terpakai sejak 2012, bersamaan lebih 420 juta pek UHT

"Menggabungkan program Kembali Ke Sekolah dengan inovasi lestari, kami komited untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

"Secara tidak langsung, inisiatif ini memperlihatkan dedikasi kami menyokong masyarakat Malaysia dengan cara mewujudkan kesan positif yang berkekalan dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” jelas beliau.

Seterusnya, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Silmi Tuan Ismail berkata, sumbangan Nestlé Malaysia mencerminkan komitmen bersama untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang membina dalam memastikan anak-anak mempunyai alat yang diperlukan untuk berkembang maju.

Malah maklumnya lagi, ketahanan perabot mesra alam yang dibekalkan akan membantu sekolah menguruskan sumber dengan lebih berkesan, selain memberi inspirasi kepada murid untuk memahami bagaimana inovasi boleh membantu menyelesaikan cabaran seperti banjir.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Panggong, Nai'm Ibrahim berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan Nestlé Malaysia yang dapat memperbaiki persekitaran pembelajaran murid-murid.

Bantuan (Bekalan dan perabot lestari) ini akan menambah baik persekitaran pembelajaran dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menghargai kepentingan kelestarian serta bersama-sama membina masa depan lebih cerah,” ujarnya.

Nestlé Cares Kembali ke Sekolah diteruskan setiap tahun bagi membantu pelajar termasuk daripada keluarga berpendapatan rendah, rumah tangga ibu bapa tunggal dan komuniti yang terjejas akibat banjir.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Nestlé Malaysia dalam menyokong masyarakat setempat serta mempromosikan kelestarian alam sekitar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp