Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Panduan Pengurusan Bencana Banjir KPM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
26 Dec 2023 05:11pm

Melihat kepada situasi hujan lebat yang melanda beberapa negeri ketika ini telah memberi amaran kepada mereka khususnya yang berada di pantai timur agar bersiap sedia dengan sebarang kebarangkalian bakal berlaku.

Tidak hanya itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan Bencana Banjir bagi Institusi Pendidikan dalam usaha untuk memastikan kesiapsiagaan dan kelancaran pengurusan sewaktu berhadapan dengan situasi ini.

Justeru, Sinar Bestari kongsikan panduan ini yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir.

Tindakan sekolah sebelum banjir

1) Mensyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat sekolah.

2) Menyediakan pelan komunikasi bencana dan hebahkan kepada warga sekolah/ibu bapa.

3) Memindahkan dokumen/buku-buku ke tempat selamat.

4) Menyimpan aset atau alihkan harta modal ke tempat selamat.

5) Sentiasa merujuk dan peka terhadap maklumat semasa cuaca.

Artikel Berkaitan:

6) Menyediakan alat kelengkapan kecemasan.

7) Kemaskini maklumat dan nombor telefon agensi bantuan.

8) Menyimpan stok makanan kering mencukupi (bagi sekolah asrama).



Tindakan sekolah semasa banjir

1) Memaklumkan kepada pihak berkuasa dan ibu bapa.

2) Berkomunikasi dengan agensi penyelamat.

3) Merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan.

4) Mendapatkan bantuan untuk pemindahan.

5) Memindahkan warga sekolah ke tempat selamat.

6) Memutuskan bekalan elektrik di premis sekolah.

7) Mengawal keselamatan sekolah.

8) Mengatur guru bertugas di sekolah bersesuaian.

9) Mengurus murid untuk menumpang belajar.

10) Melaporkan kepada PPD/JPN situasi semasa.



Tindakan sekolah selepas banjir

1) Memberi kerjasama kepada agensi yang ingin menghulurkan bantuan.

2) Mendapatkan perkhidmatan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian banggunan sekolah.

3) Mengadakan gotong-royong memperbaiki peralatan yang masih boleh digunakan.

4) Memaklumkan tarikh sekolah yang akan beroperasi semula.

5) Menyelaras aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

6) Melaporkan status banjir kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

7) Menyenarasikan kerosakan kepada PPD dengan segera.

8) Mengenalpasti dan menyenaraikan murid yang memerlukan bantuan.

9) Menggalakkan murid yang tidak terlibat dengan banjir atau telah pulih banjir untuk datang ke sekolah.

10) Menyegerakan urusan pemberian bantuan kewangan KPM kepada murid.

11) Menyediakan laporan keseluruhan kepada PPD atau JPN.

12) Memaklumkan murid boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa.

13) Menjemput pegawai kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi bantuan psikologi.

14) Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) mendapatkan bantuan yang diperlukan murid dan warga sekolah yang terkesan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp