Kes gangguan seksual di sekolah berasrama berpunca daripada perbuatan guru itu sendiri semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka.
Kes gangguan seksual di sekolah berasrama berpunca daripada perbuatan guru itu sendiri semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka.

Pelajar asrama lebih mudah terdedah gangguan seksual - Pakar Motivasi

03 May 2024 04:42pm

Hampir 3,000 kes membabitkan pelajar tampil mendedahkan yang mereka menjadi gangguan seksual di asrama.

Ia diakui sendiri oleh Pakar Motivasi dan Kaunselor terkenal, Hushim Salleh yang sudah 40 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut.

Menurut beliau, kes gangguan seksual di sekolah berasrama berpunca daripada perbuatan guru yang menyasarkan kanak-kanak mahupun remaja untuk memuaskan nafsu songsang sesama jantina.

“Ini adalah jumlah yang mereka (pelajar) berani tampil. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berani, malu dan takut jika mendedahkan perkara tersebut?

“Semuanya bermula dengan tindakan guru meminta pertolongan pelajar membawa buku ke ruangan peribadi mereka (guru). Kemudian, mereka akan mula memegang bahagian tubuh pelajar dan mendakwa ia sebagai salah satu sesi pembelajaran.

“Ini adalah taktik kotor guru yang mahu memuaskan nafsu serakah mereka. Jika pelajar berkenaan tidak mengetahui sentuhan berkenaan gangguan seksual, lama-kelamaan mereka berisiko menjadi mangsa liwat,” katanya seperti dipetik menerusi portal Sinar Harian.

Hushim berkata, gangguan seksual biasanya melibatkan sekolah berasrama dan beliau jarang menjumpai kes sedemikian dalam kalangan pelajar sekolah harian.

“Berbanding sekolah harian, sekolah berasrama paling bahaya untuk anak-anak kerana kebanyakan pendidik di sana sebenarnya ‘sesumpah’ kerana mereka memiliki dua personaliti berbeza.

Artikel Berkaitan:

“Waktu siang menjadi pendidik tetapi malam, mereka berubah menjadi manusia yang penuh dengan nafsu serakah,” dedahnya.

Sementara itu, Hushim turut mendedahkan kebanyakan guru sekolah agama menggunakan gelaran ustaz dan ustazah bagi menutup segala perbuatan songsang masing-masing.

“Gelaran berkenaan telah membuatkan ramai ibu bapa tertipu dan enggan mempercayai cerita anak-anak jika mereka meluahkan rasa tidak senang dengan perbuatan guru terbabit.

“Guru bukan malaikat, mereka masih seorang manusia yang memiliki nafsu sama ada terkawal atau tidak.

“Saya berani mendedahkan perkara ini kerana mempunyai bukti di mana kebanyakan klien saya berlatar belakangkan seorang pelajar tahfiz,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp