Ahmad (depan) bertemu dengan kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhimatan Harta (JPPH) Johor pada Ahad.
Ahmad (depan) bertemu dengan kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhimatan Harta (JPPH) Johor pada Ahad.

Pelajar IPG sudah terima elaun RM450 sebulan – Ahmad Maslan

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Jul 2023 11:56am
A
A
A

Baru-baru ini kecoh pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak memperoleh inisiatif eBeliaRahmah di mana insentif tersebut sepatutnya diberikan kepada golongan belia dan pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) sepenuh masa.

Isu ini yang dibangkitkan oleh Soundriya Samy Nathan telah mendapat perhatian Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagi meleraikan kekeliruan tersebut, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak memperoleh inisiatif eBeliaRahmah kerana mereka telah menerima elaun sara hidup sebanyak RM450 sebulan.

Tambah beliau, dakwaan pelajar IPG dianaktirikan daripada menerima eBeliaRahmah adalah tidak benar.

Tegasnya, ahli politik yang membuat tuduhan tersebut perlu menyemak fakta berhubung pelajar IPG telah mendapat elaun.

“Pelajar IPG tidak menerima eBeliaRahmah kerana sudah diberi elaun yang disediakan kerajaan.

“Berbeza dengan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) yang tidak menerima elaun RM450 sebulan.

“Justeru, saya berharap ahli politik menyemak fakta pelajar IPG dapat lebih daripada yang lain melalui elaun bulanan yang disediakan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan Jabatan Penilaian dan Perkhimatan Harta (JPPH) Johor pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Tambah Ahmad Maslan, seramai 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima kredit berjumlah RM200 melalui pelbagai platform e-Dompet mulai 26 Jun lalu.

Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok