Asyraf Wajdi bersama sekumpulan pelajar MRSM Batu Pahat ketika sesi lawatannya ke sana.
Asyraf Wajdi bersama sekumpulan pelajar MRSM Batu Pahat ketika sesi lawatannya ke sana.

Pelajar MRSM minta baiki aircond - Asyraf Wajdi

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Mar 2024 03:32pm
A
A
A

“Berani dan berkeyakinan untuk menyapa ‘orang besar’. Insya-ALLAH, anda bakal menjadi pemimpin kelak.”

“Mantap-mantap pelajar MRSM. Layak galas jawatan pemimpin nanti.”

“Inilah wajah-wajah generasi muda yang menerajui Malaysia akan datang.”

Itu antara kata-kata semangat diberikan warga maya kepada seorang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor.

Ia susulan keberanian pelajar itu yang menyapa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika lawatan beliau ke MRSM tersebut.

No Image Caption

Selain menegur Asyraf Wajdi, pelajar berkenaan turut mengusulkan permohonan agar dibaiki penyaman udara surau sekolah.

Wah, memang berani betul pelajar ini. Kagum penulis!

Artikel Berkaitan:

Selanjutnya, Sinar Bestari kongsikan kisah penuh Asyraf Wajdi dengan pelajar berkenaan seperti dikongsi beliau di laman Facebook, pada Khamis.

*****

‘Tuan, boleh tak kalau tuan bantu untuk baiki ‘aircond’ di surau MRSM Batu Pahat ni. Panas sangat kami nak solat!

Bagus betul seorang pelajar Tingkatan Dua yang berani menyapa saya dan memohon bagi pihak kawan-kawannya untuk diluluskan permohonan tambah baik pendingin udara di surau ketika saya melawat MRSM, Batu Pahat sebentar tadi.

Saya terus panggil Setiausaha Majlis Mara yang bersama saya dalam lawatan ini dan meluluskan RM50 ribu peruntukan untuk tujuan tersebut.

No Image Caption

Tahniah juga kepada semua 125 pelajar Tingkatan Satu yang berjaya masuk ke MRSM Batu Pahat tahun ini.

Saya dimaklumkan kehadiran dan penerimaan tawaran masuk 100 peratus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok