Seorang pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat.
Seorang pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat.

Pelajar Tingkatan Satu ditemukan lemas selepas lima jam pencarian

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
27 Dec 2025 11:31pm

Seorang pelajar Tingkatan Satu yang dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, Kampung Belukar, Machang, Kelantan akhirnya ditemukan lemas selepas lima jam pencarian dilakukan pada Jumaat malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, mayat remaja itu ditemukan oleh orang awam pada jam 9.40 malam.

"Orang awam temukan mayat mangsa pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi asal dia dikhuatiri hilang," katanya.

Menurut beliau, jenazah mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, seorang pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, abangnya yang berusia 15 tahun berjaya berpaut pada batu sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung.

Menurut saksi kejadian, Muhamad Azam Faiz Anuar, 19, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta yang dipandunya telah ditahan oleh seorang remaja yang memaklumkan dua rakannya telah dihanyutkan arus deras.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pelajar Tingkatan Satu lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Ulu Sat, Machang, Kelantan
  • Mayat ditemukan oleh orang awam pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi asal lemas
  • Mayat ditemukan selepas lima jam pencarian pada Jumaat malam
  • Jenazah diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut
  • Abangnya berusia 15 tahun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung setelah berpaut pada batu
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp