Pelancaran modul rujukan sains mosti buku sains beri kefahaman maklumat kompleks
Pelancaran modul rujukan sains mosti buku sains beri kefahaman maklumat kompleks

Pelancaran modul rujukan sains, beri kefahaman maklumat kompleks

Rasyidah Zulkifi
29 Apr 2022 08:24am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Buku Modul Komunikasi Sains Young Scientists Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM) sebagai rujukan dalam menyampaikan komunikasi sains yang mudah difahami kepada para saintis, penyelidik, guru dan pengamal media.

Ia sekali gus bakal menarik minat generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Baca juga

Bermula dengan hobi, guru Fizik ini berjaya raih 13 Anugerah Pendidikan Sains

Maxis eKelas anugerah pelajar ‘penjelajah angkasa’ paling inovatif dalam pertandingan STEM terulung

Menurut Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba istilah sains digunakan para saintis disifatkan sebagai kompleks kerana sukar untuk difahami.

“Melalui buku ini, mereka dapat memperoleh tip untuk mengetahui langkah-langkah serta pendekatan komunikasi sains dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami orang ramai terutamanya generasi muda.

“Ini sekali gus menyokong aspirasi MOSTI dalam Merakyatkan Sains dan Menginsankan Teknologi,” katanya.

Adham berkata saintis muda YSN-ASM berusaha agar penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka boleh lebih diyakini serta terpakai ke peringkat antarabangsa ketika sesi libat urus secara tertutup diadakan sebelum majlis pelancaran buku tersebut.

“Selain itu, isu lain adalah adaptasi teknologi yang perlu digunakan seawal mungkin bagi memastikan pembangunan eksperimen boleh diperkasakan dan dipertingkatkan,” ujarnya.

Buku Modul Komunikasi Sains YSN-ASM ini akan dikongsikan bersama rakan-rakan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) di ASEAN.

MOSTI turut mengalu-alukan masyarakat antarabangsa untuk menggunakan buku ini supaya penyampaian ilmu sains dapat diceritakan dengan lebih kreatif, efisien dan efektif bagi semua peringkat umur.

Penerbitan Buku Modul Komunikasi Sains YSN-ASM ini telah dijayakan oleh penulis-penulis antaranya Profesor V. Abhimanyu dan Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Mereka merupakan dua orang alumni YSN-ASM yang muncul sebagai Saintis Komunikasi Terbaik Dunia dalam pertandingan Fame Lab 2016 dan 2018.

Penulis lain yang turut terlibat sama adalah Dr Fatimah Salim, DrS. Margaret, Dr Murni Wan Mohd Nor, Profesor Madya Dr Mohd Bakri Bakar, Professor Rodiadee Nordin, Danial Abdul Rahman dan Wan Abdul Matiin Wan Abdul Rahim Kamil.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok