Radzi Jidin elaun petugas SPM
Radzi Jidin elaun petugas SPM

Pembayaran elaun petugas dan pemeriksa SPM 2021 bermula hari ini

Adlan Farhan Azwan
09 Jun 2022 12:43pm
A
A
A

Berita baik buat petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 apabila Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan arahan pembayaran elaun mulai hari ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas menerima makluman bahawa pembayaran elaun itu belum diterima oleh guru yang terlibat.

"Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan (LP) meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

"Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok" katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik beliau, baru-baru ini.

Sebelum ini, Radzi juga telah mengumumkan keputusan SPM 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun ini.

Bagi mendapatkan keputusan SPM 2021, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

1. Di sekolah (calon sekolah sahaja)

Dapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022.

2. Dalam talian

Semakan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 24 Jun 2022.

3. Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS)

Taip SPMNoKPAngka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem iní akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 22 Jun 2022.

Artikel berkaitan

Debaran keputusan SPM 2021, pelajar boleh mula semak pada 16 Jun ini

Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon peperiksaan tahun ini

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar, pikul tanggungjawab ketua keluarga selepas kematian ayah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok