Golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Pendaftaran bantuan RM200 eBeliaRahmah kepada belia 18 hingga 20 tahun bermula 26 Jun

ROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jun 2023 05:43pm
A
A
A

Berita gembira kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut sepenuh masa institut pengajian tinggi (IPT).

Anda kini boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBeliaRahmah pada 26 Jun ini mulai pukul 8 pagi.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Rabu berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah itu bermula 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.

"Golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

“Kredit eBeliaRahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara 'offline' hingga 31 Ogos 2023,” ujar kenyataan itu.

Menurut MoF, program berkenaan adalah terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada 2023 iaitu mereka yang lahir pada 2003 hingga 2005 atau berstatus aktif sebagai penuntut sepenuh masa di IPT dalam negara.

“Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

"Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan,” jelas MOF lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Februari menyatakan, kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, melibatkan peruntukan RM400 juta.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok